Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap insiden mata lebamnya pada 1998.
Peringatan itu dibuat bagi menuntut keadilan terhadap kes seorang pengawal pengiring polis yang didakwa memukul seorang pemandu orang kurang (OKU) upaya di Kuala Lumpur.
“Persamaannya jelas,” kata Pengarah LFL Zaid Malek yang membandingkan kes Ong Ing Keong.
Zaid berkata, jika kes itu tidak selesai, ia boleh menjejaskan legasi Anwar yang dibina berasaskan prinsip keadilan dan reformasi.
“Pada 1998, orang ramai dikejutkan dengan penderitaan Anwar terhadap serangan keras oleh ketua polis negara ketika itu Abdul Rahim Noor.
“Hari ini negara ini terkejut dan jijik dengan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap Ong, OKU yang bekerja keras untuk menyara hidup.
“Tetapi Anwar sekarang perdana menteri. Dia berada dalam kedudukan untuk memastikan wujudnya keadilan.
“Namun masih tiada keadilan untuk Ong selepas hampir empat bulan selepas kejadian,” katanya kepada Malaysiakini.
Mengesyaki mungkin terdapat usaha menutup kes itu, Zaid membandingkan perkara itu dengan reaksi perdana menteri Mahathir Mohamad pada 1998 yang mendakwa Anwar memukul diri sendiri.
“Bagaimanapun, dalam kes rumit seperti mata lebam Anwar, terdapat cubaan jelas pihak atasan polis, termasuk IGP, untuk menutup kes, suruhanjaya siasatan diraja dimulakan hanya lima bulan lepas serangan itu.
“Tetapi dalam kes (Ong) yang straightforward apabila terhadap bukti video yang jelas dan identiti penyerang polis itu, Ong masih gagal mendapat keadilan,” katanya.
Pemandu Grab berumur 48 tahun itu ditumbuk ketika menunggu pelanggan dalam kereta pada 28 Mei.
Dia mendakwa ditumbuk oleh polis pengiring pemangku sultan Johor Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Tunku Mahkota Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ sendiri bertitah tidak merestui tindakan yang menyalahi undang-undang dan meminta siasatan menyeluruh dibuat.
[Baca berita asal]