LFL – Henti guna 3R sebagai alasan kelangsungan Akta Hasutan

Shopee Sale

Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menggesa kerajaan supaya menghentikan penggunaan isu kaum, agama dan raja (3R) sebagai alasan untuk mempertahankan kelangsungan Akta Hasutan 1948.

Pengarahnya Zaid Malek berkata justifikasi itu adalah satu penipuan kepada rakyat, sedangkan Pakatan Harapan (PH) menjanjikan pembaharuan apabila mereka berkuasa.

Zaid Malek

“Bagi kerajaan ini, 3R nampaknya dijadikan alasan bagi setiap pencabulan kebebasan awam.

"Setiap janji reformasi yang dimungkiri diletakkan atas alasan 3R. Alasan ini adalah penipuan kepada rakyat," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa bahawa kabinet dua minggu lalu telah memberi kelulusan untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan, bagi membantu kerajaan membendung provokasi terhadap 3R.

Mengulas lanjut, Zaid berkata Akta Hasutan adalah perundangan zaman penjajah kuno dan zalim yang telah mengancam kebebasan awam dan politik di negara ini.

Dia menegaskan Putrajaya tidak seharusnya menggunakan institusi diraja, serta bangsa dan agama, untuk mewajarkan kewujudan undang-undang ini.

"Tiada cara untuk menyelamatkan Akta Hasutan, risiko ia digunakan terhadap rakyat adalah terlalu besar.

“Adalah satu pengkhianatan yang mengerikan bagi kerajaan pimpinan PH yang kini enggan memansuhkan Akta Hasutan apabila mereka berkuasa sedangkan mereka sudah sekian lama berjanji untuk berbuat demikian semasa berada dalam pembangkang.

"Pendirian mereka sebelum ini mengenai Akta Hasutan tidak mempunyai sebarang keraguan tentang melindungi raja, bangsa atau agama, dan tidak ada sebab untuk pendirian itu berubah sekarang apabila mereka berkuasa.

MENARIK:  Kedah Agro Holdings bayar gaji tertunggak RM560,000 bulan depan

“Untuk mengubah pendirian itu sekarang hanyalah hipokrasi atau kepura-puraan dan peluang sinikal," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular