LKAN: Kelantan dapat bekalan air terawat paling rendah

Shopee Sale

Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.

Selain Kelantan LKAN mendapati negeri Sabah dan Sarawak juga memperoleh liputan bekalan air terawat yang rendah dengan masing-masing mencapai tahap 81 peratus dan 83.6 peratus.

“Hanya dua negeri mencapai tahap liputan bekalan air terawat 100 peratus iaitu Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Liputan bekalan air terawat bagi negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah rendah berbanding negeri lain disebabkan masalah fasiliti agihan,” menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

LKAN berkata liputan bekalan air dinilaikan melalui tahap akses oleh populasi penduduk sama ada bandar atau luar bandar kepada bekalan air.

Pada masa sama laporan itu berpendapat prestasi pengeluaran air terawat berbanding permintaan adalah rendah menyebabkan berlakunya defisit terhadap permintaan air terawat di samping penggunaan air per kapita yang tinggi melebihi sasaran.

Sementara itu semakan Audit terhadap sampel lima negeri dilawati mendapati kualiti air terawat dibekalkan operator air di negeri Perlis, Sabah dan Kelantan tidak mencapai standard Quality Assurance Programme (QAP) ditetapkan.

“Perlanggaran parameter air terawat tertinggi bagi tahun 2022 adalah residue chlorine iaitu 9.79 peratus berbanding 1.85 peratus dan kekeruhan 24.83 peratus berbanding 2 peratus,” menurutnya.

Berdasarkan maklum balas diterima Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), LKAN berkata negeri Perlis tidak mencapai standard QAP disasarkan disebabkan masalah operasi dalaman di peringkat loji rawatan air, kekangan kewangan dan sumber manusia.

MENARIK:  Sokongan dua pertiga Anwar tak sama yang dinikmati BN - Nik Nazmi

LKAN berkata Jabatan Air Negeri Sabah memaklumkan lima Loji Rawatan Air (LRA) menjadi penyumbang utama piawaian QAP tidak dicapai dan dikategorikan sebagai poor oleh Kementerian Kesihatan, dengan punca utama disebabkan komponen proses rawatan air selain alatan mekanikal serta elektrikal yang uzur dan perlu diganti.

Laporan juga menyebut maklum balas daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyatakan perlanggaran kualiti air bagi tahun 2022 adalah disebabkan masalah sistem rawatan air di loji yang masih belum dibaiki.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular