LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Hari Raya

Shopee Sale

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata ketika ini berlaku lambakan pelbagai spesies ikan selepas musim Monsun Timur Laut berakhir.

"Jadi, rezeki nelayan sekarang tengah 'murah'. Memang musim ikan tengah banyak sekarang.

"LKIM juga menyediakan stok simpanan ikan sejuk beku menerusi kaedah Q’Fish yang dijual pada harga yang sangat berpatutan. LKIM dengan kolaborasi syarikat swasta mempunyai bekalan sebanyak 1,590 metrik tan ikan segar beku sebagai persediaan untuk musim perayaan Aidilfitri bulan depan," katanya.

Dia berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan sempena Program Madani Anak Nelayan Kembali ke Sekolah LKIM-BHPetrol bagi Persatuan Nelayan Kawasan (Hilir Perak) di Sungai Sumun di Bagan Datuk, Perak hari ini.

Sebanyak 100 anak-anak nelayan menerima peralatan sekolah seperti pakaian, kasut sekolah, botol air serta alat tulis dengan anggaran setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM150.

Sementara itu, Muhammad Faiz mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ikan sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

MENARIK:  Israel lakukan pembunuhan beramai-ramai 16 orang sehari sejak 7 Okt

Dia turut berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjalankan pemantauan supaya harga ikan terkawal dan stabil.

"Sepatutnya apabila bekalan ikan itu banyak, harga ikan murah. Jadi, saya tekankan kepada peniaga supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikan,” katanya.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular