Lokman saran Muhyiddin fokus kes mahkamah sebelum kritik PM

Shopee Sale

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam membidas Muhyiddin Yassin selepas presiden Bersatu itu menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terpaksa "bersilat" ketika menjawab soalan mengenai lawatan ke luar negara.

Sebaliknya Lokman berkata Muhyiddin patut menyelesaikan kes mahkamah membabitkan dirinya terlebih dahulu dan meminta menantunya pulang untuk berdepan tuduhan rasuah.

"Buat masa ini, kamu berehatlah buat seketika. Selesaikanlah perkara-perkara pokok yang membelenggu diri kamu terlebih dahulu. Selesaikan dahulu kes salah guna kuasa berjumlah RM232.5 juta.

"Fokus kepada pembersihan total kes-kes mahkamah di dalam Bersatu. Paling penting bagaimana memujuk menantu kamu pulang ke Malaysia dan berhadapan dengan tuduhan rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Muhyiddin menempelak Anwar dalam isu lawatan rasminya yang merentasi tiga benua dan melibatkan lima negara baru-baru ini.

Muhyiddin juga meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang merupakan jurucakap kerajaan, supaya tidak "bodoh".

"Saya tengok dia (Anwar) bersilat, dari parlimen, di luar parlimen, menteri komunikasi jawab, lepas tu ada pegawai membuat penjelasan.

"Perdana menteri jawab menteri balik, apa makna? Dia cuma nak cari jalan nak lepaskan diri daripada peranangkap yang dia buat sendiri," kata pengerusi PN itu.

Selain itu Muhyiddin berkata dia sendiri dia tidak pernah membawa anak-anaknya menaiki penerbangan rasmi semasa menjadi perdana menteri.

Mengulas lanjut Lokman berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu melihat kembali permainan “silatnya” semasa berceramah pada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri.

Pemimpin Umno itu dipercayai merujuk kes mahkamah membabitkan Muhyiddin yang menghadapi pertuduhan menghasut ketika kempen PRK berkenaan.

"Di dalam hal ini, yang “bersilat” adalah kamu (Muhyiddin). Kamu bermain dengan emosi dan persepsi untuk “menegakkan benang yang basah”.

MENARIK:  76 peratus pemegang sijil halal di Pulau Pinang syarikat bukan Muslim

"Konon kamulah terpaling suci. Kamu gunakan platform tidak rasmi (pentas politik) untuk sebarkan propaganda kamu sendiri. Akhirnya kamu terperanangkap dengan “silat” yang kamu ciptakan," katanya.

Kata Lokman, ini berbeza sekali dengan perdana menteri dan kerajaan yang telah memberikan penjelasan mengenai isu lawatan rasmi ke luar negara di Dewan Negara dan sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan.

"Jika betul, kamu (Muhyiddin) tidak pernah membawa anak-anak menaiki kapal terbang untuk acara rasmi kerajaan di luar negara kerana mungkin mereka mampu membiaya kos menyewa jet persendirian mereka sendiri.

"Tetapi bagaimana pula ahli keluarga kamu khususnya menantu kamu yang perolehi “laba” (keuntungan) semasa kamu jadi Perdana Menteri dahulu? Paling malang, menantu kamu ini telah menghilangkan diri dan lari dari siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini," kata Lokman.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular