LPP saran harga lantai belian padi dinaikkan

Shopee Sale

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) meminta kerajaan untuk menaikkan harga lantai padi dan benih padi serta menetapkan harga siling untuk beras putih import bagi mengatasi isu berkaitan beras.

Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras harga lantai ditetapkan.

Beliau berkata ia juga bagi mengelak ketidaktentuan dan manipulasi berterusan terhadap harga padi di pasaran tempatan yang seterusnya memberi kesan kepada harga dan bekalan beras.

"Kami di LPP melalui Majlis Penasihat Peladang yang membabitkan wakil-wakil kerajaan negeri dari setiap negeri telah membuat resolusi dan dah angkat kepada menteri untuk melihat masalah ini yang merupakan satu rantaian bermula dari benih, padi kepada beras.

"Kita mencadangkan harga lantai belian padi dinaikkan, harga lantai ini untuk melindungi petani, kilang tak boleh beli di bawah harga tersebut, iaitu harga untuk kehidupan dan keuntungan petani," katanya selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI Mega Raya LPP Kedah di Alor Setar hari ini.

Selain itu, Mahfuz berkata pihaknya turut mencadangkan kerajaan supaya menetapkan harga siling bagi beras import untuk mengelakkan manipulasi beras dalam pasaran.

MENARIK:  Calon kerajaan perpaduan di Sg Bakap dah diputuskan

"Bila tak ada harga siling, ia akan menyebabkan pengilang-pengilang memanipulasi bekalan.

“Mereka salin beras tempatan untuk buat beras import, beras dicampur dan sebagainya, jadi kita minta adakan harga siling beras import," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, kerajaan mengumumkan peningkatan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan berbanding RM1,200, kadar sejak 2014.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular