Macam ‘kucing tangkap tikus’, kerajaan tak berhasrat tutup Tiktok

Shopee Sale

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak berhasrat menutup operasi pengendali media sosial TikTok termasuk syarikat media sosial yang lain.

"Pada waktu ini, kerajaan tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial.

"Kita lihat ada beberapa perkara yang dibangkitkan yang kita harap kerjasama lebih baik serta undang-undang lebih sesuai dengan keperluan sekarang.

"(Kerana) ini akan dapat membantu ekonomi negara dan rakyat untuk meraih manfaat daripada penggunaan platform ini," katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) yang bertanya sama ada kerajaan akan menuruti langkah negara lain yang menutup operasi TikTok kerana dikatakan 'memberi mudarat'.

Onn Abu Bakar

Pun begitu, dia mengakui terdapat negara lain yang membuat sekatan kepada platform media sosial tertentu seperti di India yang menyekat penggunaan TikTok sejak enam tahun lalu.

Katanya, begitu juga China yang tidak membenarkan TikTok beroperasi tetapi menggantikannya dengan aplikasi serupa iaitu Douyin.

"Ada beberapa langkah sedang dipertimbangkan untuk pastikan sekiranya ada isu keselamatan dalam talian kepada kanak-kanak dan isu bahan lucah dapat ditangani lebih baik.

"Ini termasuklah penjualan produk-produk yang tidak patut (sesuai), jadi kita akan tangani perkara ini dengan lebih menyeluruh," katanya lagi.

Sebelum itu, MP Kuala Krau Kamal Ashaari bertanyakan soalan tambahan mengenai langkah kerajaan bagi membanteras penjualan bahan pornografi di aplikasi seperti Telegram dan X yang turut menjejaskan pelajar sekolah.

Menteri menjelaskan sejumlah 38 kes berkaitan kandungan lucah telah diterima dan disiasat MCMC setakat 1 Jan 2023 hingga 1 Mac 2024 di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

MENARIK:  Elak terlebih makan ketika sambutan Aidilfitri - pakar diet

Menggunakan simpulan bahasa Inggeris, tambahnya, usaha menangani sebaran bahan lucah itu bersifat seperti cat and mouse (usaha berterusan yang hampir berjaya tetapi sering terlepas).

"Daripada jumlah itu 18 kes masih dalam siasatan, dua kes telah diberi notis amaran manakala sebanyak 18 kes berstatus tiada tindakan lanjut atau tiada kesalahan dizahirkan - bahan dipadam atau diturunkan.

"Kita tutup sini dia muncul sana. Jadi kerjasama lebih erat bersama penyedia platform media sosial diperlukan. Contohnya, salah satu isu dihadapi PDRM berkaitan akaun yang menyebarkan bahan lucah ini adalah aspek profiling (pengesanan identiti)," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular