Mahathir berusia 99 tahun hari ini

Shopee Sale

Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya ahli politik di negara ini yang pernah memegang jawatan eksekutif tertinggi negara sebanyak dua kali.

Anak kelahiran Kampung Seberang Perak di Alor Setar, Kedah itu turut memegang rekod sebagai perdana menteri paling tua di dunia apabila dia dipilih semula ke jawatan tersebut buat kali kedua pada Mei 2018.

Dia juga merupakan perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat setakat ini.

Pada kali pertama menjadi perdana menteri Mahathir berkhidmat selama 22 tahun mulai 1981 sebelum meletak jawatan pada 2003.

Bagaimanapun, nasib politiknya merosot selepas dia - dan kerajaan PH - digulingkan pada 2020 berikutan rampasan kuasa politik yang dilakukan oleh partinya sendiri pada ketika itu, Bersatu.

Dalam PRU ke-15 yang dilangsungkan pada umum 2022, nasib tidak menyebelahi Mahathir dan parti yang dipimpinnya, Pejuang.

Mahathir - bersama calonnya yang lain - bukan saja kalah, malah kehilangan deposit. Dia ketika itu cuba mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya semasa bersama Bersatu dan PH pada 2018.

MENARIK:  Penyedia makanan ditipu sediakan hidangan untuk 500 orang

Sebagai bekas perdana menteri, Mahathir kekal aktif termasuk di media sosial dengan kerap mengeluarkan kenyataan yang sering ditujukan kepada penggantinya, sama ada Abdullah Ahmad Badawi atau Anwar Ibrahim.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular