Mahathir mohon RCI Batu Puteh dibuka kepada orang ramai

Shopee Sale

Dr Mahathir Mohamad memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh yang diadakan secara tertutup dibuka kepada orang ramai.

Bekas perdana menteri itu juga memohon perintah mahkamah supaya melucutkan bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif daripada mempengerusikan RCI atas dakwaan berat sebelah.

Peguam Mahathir Muhammad, Rafique Rashid Ali mengesahkan notis rayuan difailkan semalam berhubung semakan kehakiman bekas perdana menteri itu.

RCI sedang menyiasat penarikan semula rayuan Malaysia pada 2018 berhubung keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Pada 23 Mei 2008, mahkamah ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Batuan Tengah milik Malaysia. Status Tubir Selatan pula akan ditentukan kemudian.

MENARIK:  PAS ucap terima kasih pada pengundi bukan Melayu di Sg Bakap

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular