Mahkamah arah Chegubard tutup mulut isu 'kasino'

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard.

Perintah itu melarangnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung kes kasino di Forest City, Iskandar Puteri, yang dihadapinya.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan mahkamah sesyen yang menolak permohonan perintah sama, sebelum ini.

Menurut hakim, jika perintah larangan bersuara tidak diberikan, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara tidak wajar untuk mencemar duli bagi menjawab isu-isu yang ditimbulkan dalam media sosial.

"Responden telah pun diberi jaminan bagi kes-kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dalam keadaan ini, responden bebas untuk menggunakan media sosial untuk membuat hantaran atau komen-komen berkaitan kes ini.

"Di sinilah hakim mahkamah sesyen gagal menimbangkan risiko nyata dan besar untuk responden mengulangi hantaran hasutan yang sama terhadap Yang di-Pertuan Agong, sekiranya perintah larangan bersuara tidak diberikan,” katanya ketika membacakan keputusannya, hari ini.

Menurut Hakim Abu Bakar, mahkamah berpendapat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan kepada responden untuk bersuara bukannya hak yang mutlak.

Sebaliknya, dia berkata, hak bersuara ini tertakluk kepada sekatan undang-undang.

"Responden tidak perlu menggunakan media sosial untuk mempertahankan haknya atas pertuduhan yang dihadapinya.

“Responden akan mendapat perbicaraan yang adil sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 5 (1), Perlembagaan Persekutuan. 

MENARIK:  Semak fakta: Bantuan awal Ramadan RM500 tidak wujud

“Responden turut diwakili oleh seorang peguam yang berpengalaman dan kompeten," katanya ketika membacakan keputusannya, hari ini.

Hakim Abu Bakar berkata, berdasarkan alasan berkenaan, dia menggunakan kuasa semakan yang ada mengenepikan perintah penolakan larangan bersuara oleh mahkamah sesyen, sebelum ini.

"Mahkamah ini mengeluarkan perintah larangan bersuara (Gag Order) ke atas responden, ejen serta sesiapa wakil daripada apa-apa hantaran atau komen di media sosial berkaitan kes ini sehingga perbicaraan diselesaikan," katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen, di Johor Bahru, atas pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular