Mahkamah benarkan Rosli cabar polis kaitkannya dengan laporan AirAsia

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk meneruskan semakan kehakiman berhubung dakwaan pihak polis yang mengaitkannya dengan laporan dibuat oleh AirAsia Berhad.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memberikan kebenaran memohon semakan kehakiman kepada peguam veteran pada perbicaraan pagi ini, sekaligus membuka jalan bagi merit tindakan undang-undang untuk perbicaraan pada masa akan datang.

Menurut salinan sokongan afidavit, Rosli mendakwa sembilan responden telah menyalahgunakan kuasa dan proses undang-undang untuk mencemarkan namanya dengan mendakwa secara palsu bahawa dia terlibat dengan laporan AirAsia terhadap i-Serve Technology and Vacations Sdn Bhd.

Sembilan responden pertama itu ialah; Ketua Polis Negara Razarudin Husain, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Mohamed Yoosuf, ketua pasukan pencegahan pengubahan wang haram Muhammad Hasbullah Ali beserta tiga pegawai polis lain, pasukan polis, Jabatan Imigresen dan Kerajaan Persekutuan.

Rosli mendakwa semua responden terbabit telah mengaitkannya secara palsu dengan tuduhan penipuan pada tahun 2018.

"Saya tidak ada kaitan dengan perkara tersebut. Saya bukan pemegang taruh atau pengarah dalam syarikat yang disebut (i-Serve) dan tidak ada kena-mengena dengan pengurusan atau operasi syarikat.

"Berdasarkan laporan polis tersebut, semua responden secara palsu dan salah telah membekukan semua akaun bank saya, termasuk akaun ASNB saya, dan menahan saya pada 26 Oktober 2023, yang membahayakan reputasi saya sebagai seorang peguam, serta menyusahkan dan menindas saya," katanya.

Peguam berkenaan mendakwa bahawa ini merupakan taktik penganiayaan politik terhadapnya, berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lalu yang membatalkan empat tuduhan penyalahgunaan kuasa terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Rosli merupakan sebahagian daripada pasukan guaman Muhyiddin (gambar atas).

"Sejak pembebasan TSMY (Muhyiddin), serangan politik telah beralih dengan menyasarkan saya dan firma guaman saya. Fakta sebenar adalah saya tidak berpolitik.

"Saya bukan ahli Bersatu mahupun ahli mana-mana parti politik. Sebagai seorang peguam, saya bertindak dalam kes-kes melibatkan kepentingan awam bagi mencari keadilan," kata Rosli.

Tidak takut

Dia mendakwa bahawa ini bukan kali pertama institusi negara digunakan untuk memfitnahnya, sebelum ini SPRM telah meminta maaf kepadanya dalam kes sivil yang berasingan pada tahun 2016.

MENARIK:  Kontroversi kenyataan Teo: Pemilik portal dipanggil polis

"Saya komited kepada prinsip kebenaran dan keadilan, dengan reputasi 'melakukan yang betul dan tidak takut kepada sesiapa', termasuk dalam menghadapi institusi negara yang cuba mencemarkan nama saya atau memperlakukan saya secara tidak adil dan secara tidak sah," katanya.

"Kedaulatan undang-undang harus dikekalkan di negara ini di mana undang-undang menentukan pelaksanaan kuasa, bukan pentadbiran kuasa dengan undang-undang ditentukan oleh kuasa.

"Malang bagi rakyat jika kuasa yang menjadi pemerintah," keluh Rosli.

Melalui tindakan undang-undang yang terbaru, peguam tersebut memohon beberapa pemulihan, termasuk arahan certiorari untuk membatalkan tindakan responden pertama hingga kelima di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Tindakan Haram 2001 yang didakwa mengaitkannya secara palsu dengan laporan polis AirAsia.

Rosli juga mendapatkan kebenaran mahkamah untuk membatalkan keputusan pihak berkuasa menahannya termasuk pembekuan 10 akaun bank dan akaun ASNB.

Pada Oktober tahun lalu, firma guaman Rosli telah diserbu SPRM berhubung isu perjanjian penyelesaian bon 1MDB bernilai USD 6.5 bilion (RM30 bilion) antara Malaysia dan firma pelaburan antarabangsa Goldman Sachs.

Selepas serbuan itu, SPRM merujuk ke mahkamah bagi memohon perintah untuk mendapatkan dokumen sulit peguam dan anak guam yang berkaitan dengan perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, pada 6 Dis tahun lepas, agensi antirasuah itu menarik permohonan mahkamah tersebut.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular