Mahkamah Tinggi kekal keputusan inspektor polis bebas tuduhan dadah

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di Seremban hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang membebas dan melepaskan seorang pegawai polis berpangkat inspektor daripada pertuduhan dadah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret di Seremban pada 6 Nov 2023 yang membebas dan melepaskan Roslan Sam, 44.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan pada 16 Nov tahun lepas.

Ketika prosiding secara sidang video, Rohani berkata tiada alasan untuk mengubah keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.

"Setelah meneliti semua surat cara difailkan dalam membuat rayuan dan selepas menimbang hujahan dikemukakan, saya memutuskan rayuan ditolak. 

"Justeru itu, keputusan diberikan oleh Mahkamah Majistret pada 6 Nov tahun lepas dikekalkan. Saya berpuas hati dengan dapatan dan keputusan dibuat dan tidak bercadang mengubah atau memindanya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Roslan dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengambil dadah, empat tahun lepas.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Roslan didakwa mengguna dan memberikan kepada dirinya dadah berbahaya iaitu ketamin, emphatamin, methamphetamin, methylenedioxy – emphatamin dan methylenedioxy methamphetamin.

MENARIK:  Harga air mineral sudah 50% lebih mahal dari petrol - PPIM

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3 pagi di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 27 Sept 2020 dan berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah akta sama, serta denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular