Mahkamah tolak representasi Sanusi batal tuduhan menghasut

Shopee Sale

Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membatalkan dua tuduhan menghasut berhubung pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud ketika prosiding hari ini berkata pihak pendakwaan telah memaklumkan keputusan itu kepada pembelaan pada 3 Mei lepas.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi, 50, kemudiannya mengesahkan perkara tersebut.

Dengan keputusan itu, tarikh perbicaraan ditetapkan pada 22, 23, 29 dan 30 Julai, serta 5, 6, 9, 12, 13, dan 23 Ogos ini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin turut membenarkan permohonan perintah larangan bersuara yang dikemukakan pihak pembelaan, supaya mana-mana individu tidak boleh memberi komen mengenai merit kes berkenaan sepanjang perbicaraan dan perkara itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan senarai saksi dan pernyataan saksi pendakwaan untuk diserahkan dalam masa 14 hari kepada pihak pembelaan, sebelum perbicaraan pada 22 Julai depan.

Pada prosiding sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Adun Jeneri mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula selepas kes terbabit dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Feb.

MENARIK:  Buat apa kembali ke parti 'rosak, ditolak rakyat' soal Annuar Musa

Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara di Gombak pada 11 malam 11 Julai 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular