Majlis Profesor Negara nafi berlaku salah guna dana

Shopee Sale

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menepis dapatan yang diperolehi Jabatan Audit Negara apabila mendakwa berlaku salah guna dana pembiayaannya.

Dengan menumpukan tempoh mereka tidak mendapat dana daripada kerajaan, MPN dalam kenyataan ringkas memberitahu, kerajaan pusat membubarkan badan berkenaan secara serta-merta pada 23 Mei 2018.

Langkah tersebut, kata MPN, secara tidak langsung mengeluarkan badan terbabit daripada naungan kerajaan.

"Mulai tarikh pembubaran tersebut MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

"Di sepanjang tempoh itu MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan status itu," kata MPN.

Dalam dapatan audit yang diterbitkan hari ini, salah satu isu yang dibangkitkan ialah RM373,516 dana MPN digunakan untuk membayar operasi dua syarikat milik ahli lembaga pemegang amanah badan tersebut

MPN - dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit Negara yang dimasukkan pada LKAN kali ini - berkata kedua-dua syarikat terbabit ditubuhkan untuk membantu menjana pendapatan MPN selepas ia dibubarkan kerajaan pada 2018.

Kenaikan gaji pengurusan tertinggi

Untuk rekod, isu yang dibangkitkan oleh jabatan audit kali ini ialah konflik kepentingan ekoran penglibatan dua ahli lembaga pengarah MPN - setiausaha agung yang juga Presiden MPN merangkap ketua pegawai eksekutifnya (CEO), dan bekas timbalan setiausaha agung - tidak mendedahkan pemilikan mereka dalam kedua-dua syarikat berkenaan.

Laporan itu tidak menamakan mana-mana individu, tetapi Presiden MPN sejak 2019 ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Raduan Che Rose.

Identiti bekas timbalan setiausaha agung itu pula tidak dapat dipastikan.

Raduan Che Rose

Satu lagi isu utama yang disentuh dalam LKAN ialah MPN membayar elaun berjumlah RM207,000 kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap tanpa kelulusan menteri.

MENARIK:  PM yakin Azam Baki, SPRM banteras rasuah tak kenal darjat

Bayaran masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM4,000 sebulan yang dibuat dari Mac 2022 hingga Jan lalu iaitu ketika MPN kembali mendapat pembiayaan daripada kerajaan.

Menurut laman sesawang MPN, pengerusi mereka sejak 2019 ialah Shamsul Amri Baharuddin manakala Mohamed Mustafa Ishak menjadi timbalan pengerusi.

Turut mendapat perhatian ketua audit negara ialah kenaikan gaji untuk pengurusan tertinggi MPN - termasuk presiden merangkap CEO - pada 2022 dan 2023.

Jumlah elaun itu pula didapati melebihi garis panduan yang sedia ada pada MPN, selain ia tidak diluluskan oleh lembaga pemegang amanah badan berkenaan.

Menurut LKAN, kerajaan memberikan geran kepada MPN berjumlah RM7.78 juta untuk 2022 dan 2023.

[Baca laporan asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular