Majoriti waris setuju pindah kubur untuk ECRL – MB Selangor

Shopee Sale

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata majoriti waris dan ahli keluarga terlibat dalam proses pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bersetuju untuk memberikan laluan bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ERCL).

Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.

"Kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit kerana majoritinya telah bersetuju... alhamdulillah.

“Bagi kelompok waris yang belum bersetuju kita beri ruang lagi seminggu untuk berbincang dengan pihak JAIS, PBT dan juga ECRL," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan JAIS pada Rabu lepas.

Kerja-kerja menggali dan memindahkan kubur yang dijadualkan pada 1 Mei, ditangguh selama seminggu bagi memberikan ruang untuk proses pemakluman dan pendengaran kepada waris.

Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata kerajaan negeri menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke Festival Turath Islami yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 26 Mei hingga 2 Jun ini.

Beliau berkata festival yang memasuki tahun kedua penganjuran itu bertujuan menghidupkan dan menyebarkan warisan Islam di Selangor dan akan dihadiri dua tokoh ulama dunia iaitu bekas Mufti Agung Mesir Maulana Al-Imam Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafiz.

MENARIK:  SPRM tahan 34 penjawat awam sebabkan ketirisan cukai RM2 bilion

“Dengan kehadiran dua tokoh ulama dunia itu serta 23 ulama besar dari negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, kita yakin kehadiran pengunjung akan meningkat tiga kali ganda berbanding sekitar 10,000 tahun lepas.

“Penganjuran festival kali kedua ini adalah petanda komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menyebarkan dan menghidupkan warisan turun-temurun Islam,” katanya.

Amirudin berkata festival itu akan diisi dengan 12 acara utama termasuk pengajian kitab Hadis Empat Puluh karangan Imam Nawawi yang akan dipimpin oleh Al-Imam Dr Ali Jum’ah selain seminar antarabangsa berkenaan kitab Riyadhu al-Solihin.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai festival itu diminta membuat pendaftaran mulai hari ini menerusi laman web http://www.turathislamiselangor.com.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular