Malaysia dah macam Korea Utara, kata kumpulan peguam

Shopee Sale

Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang Rafique Rashid Ali kerana kenyataannya dalam perhimpunan mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata sangat membimbangkan apabila kerajaan terus menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritik, aktivis atau lawan politik. 

“Kini seolah-olah tiada sesiapa boleh mengkritik Perdana Menteri. 

“Ini seakan pemerintahan ala Korea Utara,” kata pemimpin kumpulan peguam itu.

Rafique Rashid Ali

Rafique, ketua penerangan Parti Pejuang Tanah Air, mendakwa dia sekali lagi disiasat atas tuduhan menghasut, selain Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia yang juga seorang peguam berkata diarahkan hadir oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk soal siasat pada jam 2.30 petang hari ini.

Katanya, terdapat laporan polis dibuat terhadap ucapannya dalam perhimpunan anti-Anwar di Perak pada 27 Julai 2024.

Julai lalu Rafique disoal siasat bawah Akta Hasutan kerana menggelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai scammer (penipu).

Pada masa itu, Rafique berkata dia disoal siasat mengenai kandungan ucapannya dalam perhimpunan antikerajaan pada Jun di luar kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

‘Karpal pasti naik angin dalam kubur’

Dalam kenyataan hari ini, LFL mengingatkan bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Anwar sendiri sering mengutuk penggunaan Akta Hasutan.

Mendiang Karpal Singh

Namun, kata Zaid, pendirian semasa kerajaan sudah pasti membuatkan penentang tegar akta itu, iaitu mendiang Karpal Singh, yang juga tokoh PH, “naik angin dari dalam kubur”.

MENARIK:  ULASAN | Ong patut belajar lagi perjuangan bahasa Melayu

“Ini adalah pengkhianatan besar apabila PH, tonggak kerajaan Madani, yang sepenuhnya memungkiri janji dan prinsip mereka yang dahulunya menentang penggunaan Akta Hasutan terhadap lawan politik dan pengkritik kerajaan,” katanya.

Anwar pada Mei lalu berkata pentadbirannya terbuka terhadap kritikan tetapi tidak boleh menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R).

“Isunya ialah apabila anda menyentuh isu 3R, mengutuk kaum, agama, mengajak dan menghasut melakukan rusuhan.

“Kita tidak boleh ada perkara itu dalam negara kami," kata dalam wawancara dengan media asing Al Jazeera.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular