Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin – Israel

Shopee Sale

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dua pemimpin tertinggi Kerajaan Qatar hari ini, membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.

Anwar, dalam satu hantaran di X berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan perananan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

“Dalam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Semalam, Malaysia dan Qatar sepakat menekankan kepentingan gencatan senjata segera yang kekal antara Hamas dan Israel, serta kepentingan rundingan yang sedang berlangsung dalam usaha menamatkan keganasan yang berlaku di Palestin.

Pertempuran antara Palestin dan rejim zionis, yang kini memasuki tempoh lebih tujuh bulan sejak 7 Okt tahun lepas, kian memuncak dengan pencerobohan terbaharu Israel ke atas Rafah, meragut lebih 35,000 nyawa rakyat Palestin sehingga kini.

Terdahulu, Perdana Menteri dirai dalam satu sambutan rasmi di Amiri Diwan, dewan pentadbiran kerajaan Qatar, sempena lawatan sulung beliau ke negara Asia Barat itu.

Beliau disambut Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, dengan pertemuan keduanya berlangsung selama kira-kira 30 minit disusuli pertemuan dengan rakan sejawatan Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.

MENARIK:  UM nafi tolak tuntutan pelajar tubuh JK antigangguan seksual

“Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik, yang telah pun mencecah 50 tahun.

“Turut dibincangkan ialah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi, yang kemudiannya telah disentuh secara mendalam ketika pertemuan dengan Sheikh Mohammed, yang juga Menteri Luar Negeri,” kata Anwar dalam hantaran tersebut.

Delegasi Anwar kemudiannya diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular