Malaysia raih potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion

Shopee Sale

Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara di Australia, Jerman dan Perancis.

Menurutnya, sambutan yang diberikan oleh negara-negara tersebut amat luar biasa dan ia adalah permulaan baharu bagi negara.

“Ini…(hasil) persiapan awal yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar serta agensi kerajaan lain termasuklah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

“Umpamanya cip komputer, kita sudah lihat ia mampu diiktiraf sebagai tarikan pelaburan pertama di Asia dan ini bukan perkara yang mudah,” kata beliau pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata ini adalah hasil usaha kerajaan dalam menstabilkan politik dan mendapat kerjasama daripada penjawat awam serta matlamat dan dasar negara yang jelas.

“Kejelasan dalam dasar ekonomi kita (penting), yang akan membantu dan memberikan harapan baharu kepada kita.

Beliau berkata Jerman mempunyai ekonomi yang kukuh dan merupakan ekonomi ketiga terbesar dunia.

“Sambutan yang diberikan kepada kita sebagai sebuah negara kecil amat membanggakan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, Malaysia berjaya mencapai potensi pelaburan baharu bernilai RM45.4 bilion hasil lawatan Anwar ke Jerman baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menekankan masih terdapat ruang untuk diperbaiki, termasuklah dari segi kelulusan projek tidak dilewatkan.

“Kita juga bersyukur kerana majoriti penjawat awam masih mempunyai integriti dan mempunyai semangat untuk memperbaiki (mutu kerja).

“Kita perlu mengekalkan usaha sedemikian dan jika kita dapat meningkatkannya, saya fikir dalam tempoh dua atau tiga tahun, wajah Malaysia akan berubah,” kata beliau.

Mengenai angka pertumbuhan dan unjuran untuk tahun depan, beliau berkata laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2023 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam adalah positif dan meyakinkan.

MENARIK:  Tayangan filem indie She's In Jail diserbu, penganjur disoal siasat

“Asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan tinjauan ekonomi bagi tahun 2024 adalah lebih baik berbanding 2023.

“Kita dapat mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2023 sebanyak 3.7 peratus walaupun berdepan pelbagai asakkan dan kemeruapan ekonomi global.

“Bagi tahun ini, ekonomi kita dijangka bertambah kukuh dengan unjuran pertumbuhan antara empat dan lima peratus,” kata beliau.

Anwar berkata antara faktor yang menyokong prestasi ekonomi yang lebih baik pada tahun ini termasuklah kadar pengangguran yang turun kepada paras 3.3 peratus pada Januari 2024, iaitu kembali kepada paras prapandemik (2022: 3.7 peratus).

Beliau berkata kadar inflasi rendah apabila turun kepada 1.6 peratus pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga tahun lepas.

Prestasi eksport turut menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada Januari tahun ini dengan peningkatan 8.7 peratus selepas menguncup 10 bulan sebelumnya (Mac hingga Disember 2023).

Selain angka-angka positif makroekonomi, prospek pelaburan negara juga berada pada tahap yang amat baik.

“Pada 2023, kita meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara,” kata beliau.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular