Malaysia sambut baik resolusi PBB untuk Gaza

Shopee Sale

Malaysia mengalu-alukan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2728 mengenai Gaza yang menuntut gencatan senjata serta-merta, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia juga menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memastikan Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Malaysia berpandangan penerimaan resolusi itu merupakan satu kejayaan besar memandangkan konflik di Gaza bermula lebih lima bulan yang lepas.

“Malaysia telah sekian lama menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan bagi melindungi rakyat Palestin daripada kekejaman Israel yang sehingga kini telah meragut nyawa lebih 32,000 orang awam,” kata Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, sekatan sempadan rejim Israel telah mengakibatkan risiko kebuluran dan malnutrisi bagi 2.3 juta penduduk di Gaza.

"Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB," kata kenyataan itu.

UNSC meluluskan resolusi menuntut "gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang berkekalan."

Resolusi itu juga menuntut "pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain."

Sementara itu, Agensi Anadolu dalam laporannya berkata 14 negara mengundi menyokong resolusi yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis yang dipilih, manakala AS berkecuali daripada mengundi.

MENARIK:  Pengusaha durian perlu tanam untuk pasaran China - Mohamad

Israel melancarkan serangan ketenteraan maut di wilayah Palestin sejak 7 Okt 2023 dengan lebih 32,333 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,694 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Perang Israel - yang kini memasuki hari ke-171 - mendorong 85 peratus penduduk Gaza menjadi pelarian di tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu telah rosak atau musnah.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Keputusan sementara pada Jan lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular