Malaysia tak perlu ikut Filipina dalam tangani China – pakar

Shopee Sale

Penganalisis hubungan antarabangsa negara ini tidak bersetuju akan gesaan pakar ketenteraan China dari Amerika Syarikat (AS) agar Malaysia mencontohi ‘ketegasan’ Filipina dalam isu kedaulatan di Laut China Selatan.

Mereka berpendapat Malaysia mempunyai pendekatan yang lebih diplomatik dan tidak provokatif dalam menyelesaikan isu antarabangsa.

Pakar geostrateg dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Azmi Hassan melihat pendirian Malaysia jauh lebih tegas berbanding Manilla yang bergantung kepada AS.

“Pada hemat saya, Malaysia sebenarnya lebih tegas berbanding Filipina kerana kita tidak mahu bergantung kepada sesiapa dalam menuntut hak kita di Laut China Selatan.

 “Berbeza dengan Manila terpaksa bergantung kepada AS,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Azmi Hassan

Semalam, pakar AS dalam bidang ketenteraan dan maritim China, Toshi Yoshihara menyarankan Malaysia mencontohi Filipina dengan mendokumentasikan “taktik ugutan paksa semasa masa damai" oleh China di Laut China Selatan.

Filipina antaranya, kata Yoshihara, mengeluarkan rakaman kapal China menembak pancutan air bertekanan tinggi ke atas kapal Filipina Second Thomas Shoal pada Mac lalu, yang kemudian menjadi bencana perhubungan awam bagi China.

Laporan oleh akhbar Hong Kong, South China Morning Post, itu juga mempertikai pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya meremehkan pencerobohan China ke dalam perairan Malaysia.

Di sidang kemuncak Asean-Australia di negara kanggaru itu Mac lalu, Anwar berkata negara Barat tidak harus melibatkan Malaysia jika mempunyai masalah dengan China.

Sementara itu, Azmi menambah, Malaysia ingin menyelesaikan pertikaian kedaulatan di Laut China Selatan secara dialog aman tanpa membabitkan pihak ketiga seperti AS.

“Pendekatan ini bukan kelemahan namun kekuatan buat negara kita yang berurusan secara bilateral dengan China.

“Konfrontasi seperti Filipina hanya akan mengeruhkan keadaan ditambah dengan bantuan AS,” katanya.

Azmi yakin Malaysia sebagai pengerusi Persidangan Asean 2025 akan memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu itu.

Bukan bidak catur Barat

Sementara itu, penganalisis politik hubungan antarabangsa, Amirul Mukminin Amiruddin pula melihat sikap Anwar memberi mesej jelas bahawa Malaysia tidak mahu menjadi bidak catur Barat dalam menyelesaikan konflik dengan China

“Negara kita tidak mahu terlibat dalam peperanangan proksi antara kedua kuasa besar ini.

“Keterlibatan kita dalam ‘peranang dingin’ akan menjejaskan hubungan perdagangan global negara kita,” kata pengasas bersama Kumpulan Penyelidik Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Strategik (Strategik) itu.

Amirul Mukminin Amiruddin

Namun Amirul yang juga mengakui Malaysia memiliki masalah dalam melaksanakan dasar penyeimbangan lembut (soft balancing) antara China dan AS kerana pengaruh negara Uncle Sam itu semakin berkurangan di Asia Tenggara.

MENARIK:  Agong, Raja Permaisuri tunai solat raya di Surau Utama Istana Negara

“Ditambah hubungan Malaysia dengan AS sudah satu tapak ke belakang setelah Anwar menyatakan sokongan tegas terhadap Hamas yang merupakan organisasi dianggap pengganas oleh kuasa Barat itu,” katanya.

Amirul turut menambah negara-negara Asean tidak boleh dipaksa menggunakan dasar yang sama kerana mempunyai saiz, ekonomi serta demografik serta situasi yang berbeza.

“Secara politik domestik, agak sukar untuk Anwar condong ke arah AS seperti Filipina kerana demografik negara ini terdiri daripada rakyat yang semakin membenci akan sikap AS yang pro-Israel yang membantai masyarakat Gaza.

“Situasi ini berbeza dengan Filipina,” katanya.

Amirul mengakui memang ada kapal China memasuki  kawasan tuntutan bersama dengan Malaysia tetapi ia sentiasa diawasai.

“Itu sebagai isyarat untuk memberitahu ini adalah kawasan kita,” katanya.

‘Mesra tak bermaksud setuju’

Sementara itu, Felo Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Haris Zuan pula menegaskan AS melalui Jepun cuba memastikan negara Asean memihak kepada mereka dalam konflik di Laut China Selatan.

“Malaysia sebagai negara dagang yang berdaulat berhak menentukan rakan dagangnya sendiri tanpa pengaruh mana-mana negara lain,” katanya.

Haris Zuan

Namun Haris menambah Malaysia akan kekal mesra menjalinkan hubungan perdagangan dengan dua kuasa besar ini.

“Namun ini tidak bermakna Malaysia setuju dengan semua dasar negara tersebut.

China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan yang dinamakan sembilan garisan putus, termasuk kawasan perairan Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular