Malaysia ucap takziah pada keluarga mendiang Jimmy Carter

Shopee Sale

Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.

Kementerian Luar Negeri dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan bahawa Carter, yang merupakan Presiden AS ke-39, adalah seorang negarawan terbilang yang telah banyak menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang meninggalkan kesan mendalam kepada dunia.

“Malaysia juga berharap agar keluarga mendiang Presiden diberikan kekuatan dan ketabahan dalam masa sukar ini,” menurut Kementerian Luar Negeri.

Hantaran itu turut berkongsi gambar Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Carter, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2002, meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Plains, Georgia.

MENARIK:  JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular