Malik Dasthigeer lapor polis dikait dengan ‘raja dadah’ India

Shopee Sale

Ahli perniagaan Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik, membuat laporan polis selepas dirinya dikaitkan dengan individu disyaki ‘raja dadah’ India.

Abdul Malik menerusi perkongsian di laman sosialnya, menafikan pernah bertemu atau bercakap dengan individu terbabit.

“Saya seorang ahli perniagaan di Malaysia dan ada pihak tertentu yang ingin merosakkan imej saya dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam industri perfileman,” katanya.

Susulan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menghantar salinan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi India, bagi tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terbabit.

Sebelum ini, sebuah portal berita dalam talian mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ yang merupakan seorang pengedar filem warga Malaysia, didakwa mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan sedang berada di negara ini.

Ini susulan seorang lelaki ditahan Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India, selepas didakwa mempunyai kaitan dengan penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin menafikan penglibatan rakyat negara ini, susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

MENARIK:  MIC tak akan terlibat PRK Kuala Kubu Bharu - Vigneswaran

Beliau berkata risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini, dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular