Mana ada kartel, kalau ada, dialah, Muhyiddin tempelak Rashid

Shopee Sale

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa badan perhubungan parti itu di negeri Selangor dikuasai oleh 'kumpulan kartel'.

Mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Bersatu, Selangor, Abdul Rashid Asari, bahawa 'kumpulan kartel' itu punca dia menyokong Menteri Besar Amirudin Shari, Muhyiddin sebaliknya menuduh Adun Selat Kelang itu sebagai dalang.

Muhyiddin Yassin

"Tidak ada kartel. Dia kata kartel, mana ada kartel.

"Parti Bersatu bergerak atas landasan perlembagaan dan peraturan. Dia pun (penyandang) timbalan ketua Bersatu Selangor.

“Kalau berkartel, kartel dengan dialah," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Turut hadir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin.

Rashid yang juga bekas pengerusi Bersatu Selangor, sebelum digantikan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali mendakwa pucuk pimpinan parti di Selangor kini telah dikuasai oleh pemimpin-pemimpin yang “baru sehari dua” menyertai parti.

Abdul Rashid Asari, Adun Selat Kelang

Walaupun tidak menyebutkan nama, difahamkan dia merujuk kepada bekas timbalan presiden PKR itu dan penyokongnya yang menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020.

'Kartel' adalah terma digunakan oleh di kalangan ahli PKR merujuk kepada Azmin dan 10 ahli parlimen parti itu yang berpaling tadah sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Feb 2020.

Azmin yang juga adalah ketua pembangkang Selangor dan Adun Hulu Kelang kini adalah pengerusi Bersatu yang baru menggantikan Rashid.

Mengulas lanjut, Muhyiddin meminta pemimpin Bersatu agar tidak mempersalahkan parti atas kesilapan sendiri.

"Jangan cari sebab atau dalil apabila dah melakukan kesilapan, maka menuduh parti.

"Ini satu perbuatan yang memang tak tanggungjawab," katanya.

Terdahulu, pagi ini Muhyiddin dan Hamzah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Putrajaya untuk menyerahkan dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti itu.

"Kami hari ini ke RoS menyerahkan dokumen-dokumen berhubung pindaan perlembagaan parti Bersatu berkaitan 'terhentinya keahlian seorang Adun atau ahli Parlimen apabila mereka bertindak melanggar dasar parti, seperti yang berlaku baru-baru ini.

MENARIK:  MB Johor: Kemenangan di Mahkota hasil kerjasama satu pasukan

"Kita telah sempurnakan dengan tatacara dan peraturan yang dikehendaki RoS.

"Kami meminta RoS membuat keputusan dalam beberapa segera," katanya.

Pada 2 Mac lalu, Bersatu meminda perlembagaan parti itu dalam usaha untuk menghalang mana-mana ahli parlimen atau Adun Bersatu daripada menyokong seteru parti itu.

Pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Bersatu, perwakilan parti itu sebulat suara menyokong usul meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan perkara berkaitan peletakan jawatan dan pemecatan ahli parti.

Muhyiddin merujuk tindakan enam ahli parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Selain menyekat wakil rakyatnya daripada berpaling tadah pada masa akan datang, Bersatu juga menuntut agar enam ahli parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusi masing-masing.

Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman ( Labuan).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular