Mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal pagi ini

Shopee Sale

Jumlah mangsa banjir direkodkan di Kedah dan Perak adalah sebanyak 6,833 orang, yang masih berlindung di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 7,210 orang malam tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 6,804 orang daripada 2,173 keluarga berbanding 7,181 orang malam tadi yang ditempatkan di 33 PPS di empat daerah terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,638 orang diikuti Pendang (1,606),  Kubang Pasu (493) dan  Pokok Sena  sebanyak 67 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi tahap bahaya dengan paras air setinggi 22.12 meter (m).

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada tujuh keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Perak di Teluk Sena  berada pada tahap bahaya dengan paras air 13.20m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah, Pulau Pinang, Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung, Perak serta Melaka hingga 11 pagi ini.

MENARIK:  ULASAN | Kelantan tak lagi terpinggir akibat perbezaan politik

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular