Mangsa banjir di Kedah kekal 609 pagi ini

Shopee Sale

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah kekal 609 orang daripada 163 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa terbabit ditempatkan di lapan PPS di sekitar daerah Pendang.

PPS itu ialah Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Mohamad Ariff, SK Tanah Merah dan SK Syed Ibrahim.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 pagi ini paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi paras bahaya iaitu 22.23 meter (m).

Tiga sungai di Kota Setar pula iaitu Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan tahap waspada.

MENARIK:  ULASAN | Malulah kepada seluruh rakyat...

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular