Masih terlalu awal bincang kedudukan MB Perlis – PAS

Shopee Sale

PAS menegaskan masih terlalu awal untuk membincangkan isu perubahan kepimpinan negeri Perlis meskipun Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan penuh perlu dilakukan pihak berkuasa sebelum sebarang perbincangan mengenai kedudukan Shukri boleh dibuat.

"Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepimpinan) kerajaan Perlis. Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.

"Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal, kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada Berita Harian selepas Ceramah Umum PN di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Pada 2 Mei lalu, Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilaporkan berkata pihaknya bersedia mengambil alih tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian, dengan sebarang keputusan berhubung kedudukan Shukri tetap terletak pada kebijaksanaan raja Perlis dan kepimpinan tertinggi PN.

Pada 30 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Shukri "ditahan" walaupun PAS mendakwa sebaliknya.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azam berkata ahli politik itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali menyifatkan kenyataan Abu Bakar sebagai pandangan peribadi.

MENARIK:  Cuaca panas tahap satu: KKM nasihat tangguh aktiviti luar kelas

Menurut Pengerusi PN Selangor itu, tiada perbincangan mengenai pertukaran kepimpinan negeri dibuat gabungan berkenaan.

Jelasnya, apa sahaja yang berlaku dalam PN perlu dibincangkan dengan semua parti komponen terlebih dahulu dan dipersetujui atas prinsip kebersamaan.

"Tiada amalan 'Big Brother' (Abang Besar) dalam PN, semua parti (komponen) adalah sama dan mempunyai hak untuk berbincang. (Jadi) itu adalah PN, bukan soal pandangan individu.

"Saya tidak mahu komen pandangan individu kerana prinsip kita pegang, ia mestilah dibawa dalam PN di peringkat negeri atau Pusat.

"Memang tidak ada dibincangkan, tiada sebab, (malah) tak timbul soal perubahan kerajaan negeri di Perlis," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular