Mat Hasan mohon maaf kerana merokok di restoran

Shopee Sale

Menteri Luar Mohamad Hasan memohon maaf kerana merokok di sebuah restoran.

“Jika ia menjadi kerisauan dan juga menjadi isu kepada masyarakat, saya dengan ikhlas hati memohon maaf," dia dipetik sebagai berkata di Putrajaya hari ini.

Timbalan presiden Umno itu mendedahkan sudah mendapat notis saman daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah kompaun akan ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara, katanya.

Mohamad Hasan

Terdahulu, gambar Mohamad merokok di sebuah kedai makan di Negeri Sembilan tular di media sosial.

Dimaklumkan pengguna maya, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan tiada siapa lebih tinggi dari undang-undang jika melanggar undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024.

Dalam gambar itu, Mohamad  dilihat merokok bersama sekumpulan lelaki.

Restoran adalah satu daripada 28 tempat larangan merokok.

MENARIK:  Azmin soal MB Johor: Semua exco dari BN - Mana semangat perpaduan?

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular