Mat Hasan sampaikan kenyataan negara di UNGA pada Sabtu

Shopee Sale

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sabtu (Ahad di Malaysia) pada Perbahasan Umum Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79.

Dijadualkan pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan, Mohamad dijangka membincangkan isu-isu utama global termasuk krisis kemanusiaan di Palestin dan Myanmar, serta perananan Malaysia dalam memajukan multilateralisme dan mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Sesi pada Sabtu itu juga akan menampilkan negara-negara anggota ASEAN, antaranya Kemboja, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Tema Perbahasan Umum tahun ini ialah "Tiada Seorang Pun Ditinggalkan: Bertindak Bersama untuk Kemajuan Keamanan, Pembangunan Mampan dan Maruah Manusia untuk Generasi Masa Kini dan Akan Datang."

Sejak ketibaannya di New York, Mohamad aktif mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin global, termasuk sesi penting bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Ini merupakan penyertaan pertama Mohamad dalam UNGA sejak pelantikannya sebagai Menteri Luar pada Disember 2023.

MENARIK:  AS pulangkan RM720 juta lagi dana 1MDB

Perbahasan Umum Peringkat Tinggi yang berlangsung dari 24 hingga 30 Sept ini menyaksikan pemimpin-pemimpin dunia menyampaikan pendirian negara masing-masing berhubung pelbagai isu global dalam perhimpunan tahunan itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular