Mat Taib janji turun bantu kempen PH-BN di KKB, kata Mohamad

Shopee Sale

PRK KKB | Bekas menteri besar Selangor Muhammad Muhammad Taib dilaporkan berjanji untuk turun membantu kempen calon PH dan kerajaan perpaduan di Kuala Kubu Bharu menjelang pengundian pada 11 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dalam satu pertemuan yang berlangsung dengan Muhammad hari ini.

"Alhamdulillah tengahari tadi saya sempat berkunjung ke kediaman sahabat lama saya, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas menteri besar Selangor dan bekas naib presiden Umno Malaysia.

"Sebelum ini beliau telah menyatakan komitmen kepada perdana menteri untuk membantu kempen calon kerajaan perpaduan di PRK Kuala Kubu Bharu, Selangor.

"Hari ini beliau mengulangi komitmen yang sama kepada saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Tambah Mohamad, Muhammad sudah memberikan komitmen untuk membantu kerajaan perpaduan walau siapa pun calon yang akan diturunkan nanti.

Mohamad yang juga menteri pertanian dan keterjaminan makanan menjelaskan, Muhammad akan membantu sedaya upaya memenangkan calon parti kerajaan.

PRK Kuala Kubu Bharu dalam Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Tarikh penamaan calon dan pengundian PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 27 April dan 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

BN telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK kali ini bagi memberi laluan kepada parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

MENARIK:  Buka sementara UiTM untuk doktor bukan bumiputera, kata Ibrahim

Kuala Kubu Bharu merupakan satu daripada tiga kawasan DUN di bawah Hulu Selangor. Dua lagi DUN ialah Batang Kali dan Hulu Bernam.

Untuk rekod Muhammad bukanlah asing di kawasan Hulu Selangor. Sebelum ini dia merupakan Adun Batang Kali selama empat penggal.

"Sama-sama kita doakan Tan Sri terus diberikan kesihatan yang baik dan kerajaan perpaduan berjaya mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Kubu Bharu," kata Mohamad lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular