Mayat bayi perempuan dijumpai dalam parit

Shopee Sale

Mayat bayi perempuan yang baru lahir ditemukan dalam parit berdekatan tapak pembinaan Hospital Seri Iskandar di Seri Iskandar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata mayat bayi yang cukup sifat itu dijumpai oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis pada 3.15 petang.

Beliau berkata mayat bayi malang yang telah dipotong tali pusat ditemukan dalam keadaan tidak berpakaian dan tenggelam di dalam parit.

"Hasil pemeriksaan awal secara fizikal terhadap mayat bayi itu mendapati tiada kesan kecederaan luar dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Changkat Melintang (HCM) dan pakar perubatan forensik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akan melakukan bezah siasat esok bagi mengetahui punca kematian," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh malam tadi.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnain Jusoh di talian 013-9740294.

MENARIK:  K’jaan pastikan hasil petroleum Terengganu memanfatkan rakyat

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular