MB: Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam

Shopee Sale

Kerajaan Pahang mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

"Saya sedang mengkaji kedudukan kewangan kerajaan negeri," katanya ringkas ketika ditanya mengenai pemberian bonus raya kepada kira-kira 8,000 penjawat awam negeri ini.

Kerajaan Pahang sebelum ini mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 yang diberikan kepada penjawat awam negeri awal tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM39.6 juta.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usaha Sama Integrasi Lembu dan Sawit Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Bukit Gayong kepada peserta E-Kasih di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 336 peserta PPRT daripada senarai nama E-Kasih menerima dividen sebanyak RM5,306 seorang dengan jumlah keseluruhan pembayaran berjumlah RM1.78 juta.

Selain itu, Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) turut menyumbang lebih RM2.5 juta sebagai bayaran kepada kerajaan negeri hasil usaha sama Ladang Intergrasi PPRT Bukit Gayong, Muadzam Shah.

MENARIK:  Lebih 34,000 penipuan dalam talian tahun lepas, babit kerugian RM1.2b

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular