MB Pahang selesai jalani pembedahan, kini di ICU IJN

Shopee Sale

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah selesai menjalani prosedur pembezahan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara hari ini.

Setiausaha Politik kepada Wan Rosdy, Mohd Farid Mohd Nor memaklumkan berkat doa dan solat hajat pelbagai pihak, pembezahan itu juga berjalan lancar.

“Menteri Besar (Wan Rosdy) kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi IJN untuk pemantauan pasukan perubatan beliau bagi tempoh 24 jam,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farid berkata pihak keluarga Wan Rosdy turut menjunjung kasih kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pasukan Perubatan IJN dan semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan keafiatan Menteri Besar,” katanya.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini bertitah supaya semua masjid di Pahang mengadakan solat hajat bagi mendoakan urusan rawatan Wan Rosdy berjalan lancar dan dipermudah.

MENARIK:  Anwar ucap tahniah kepada Modi atas kemenangan PRU India

Semalam, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata Wan Rosdy akan menerima rawatan di IJN bermula hari ini sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular