MCA gerakkan usaha galak orang Cina sertai perkhidmatan awam

Shopee Sale

MCA akan terus memainkan perananannya untuk menarik minat masyarakat bukan bumiputera - khususnya Cina negara ini - menyertai sektor perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Penerangan MCA, Mike Chong, berkata dengan cara itu parti terbabit dapat membuktikan bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah adil kepada semua pihak.

Ia juga, katanya, akan menunjukkan kerajaan tidak mengabaikan kepentingan mana-mana kaum.

"Kepelbagaian bangsa dalam sektor perkhidmatan awam juga akan membolehkan dasar-dasar serta agenda kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat berbilang kaum secara tepat, sekali gus memastikan tiada yang tercicir daripada menerima manfaat kerajaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Chong yang juga Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menambah, mereka terlibat dalam perbincangan dengan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) mengenai cara-cara menggalakkan lebih ramai belia Cina memasuki sektor perkhidmatan awam.

Inisiatif itu, katanya, membuktikan kesungguhan MCA dalam menyahut seruan kerajaan menggalakkan bukan bumiputera terlibat dalam sektor tersebut.

"Ini kerana MCA sedar pentingnya keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam negara ini demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Tambah Chong daripada maklum balas yang diterimanya, antara punca bukan bumiputera kurang berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam ialah kerana kekurangan maklumat.

"Ramai tidak tahu langkah-langkah permohonan ataupun syarat yang perlu dipatuhi.

"Demi mengatasi masalah ini, MCA akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Cina serta agensi kerajaan untuk menganjurkan siri jelajah, kempen dan bengkel dengan tujuan mendekati masyarakat Cina.

MENARIK:  DAP Selangor pertahan Nga salur peruntukan di Hulu Selangor

"Dengan cara itu kami boleh menjelaskan serta memupuk minat mereka terhadap perkhidmatan awam," katanya.

Katanya, MCA juga menerbitkan risalah dalam pelbagai bahasa dan menjalankan sesi temu duga secara walk-in, serta menggesa kerajaan menawarkan gaji dan ganjaran yang lebih lumayan kepada penjawat awam.

Tambahnya, institusi-institusi pendidikan seperti TAR UMT dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) turut menubuhkan Kelab Askar Wataniah untuk menggalakkan minat para pelajar menyertai Angkatan Tentera Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular