MCA: Insentif cukai saja tak cukup untuk galakkan EV

Shopee Sale

Tawaran insentif cukai jalan kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) sebanyak 85 peratus oleh kerajaan tidak cukup untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), kata MCA.

Naib presidennya Wee Jeck Seng berkata kerajaan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi mewujudkan ekosistem EV yang komprehensif.

Perkara itu, katanya, termasuk menyediakan stesen pengecas secukupnya, bayaran caj berpatutan, serta menambah baik infrastruktur sedia ada.

“Ini kerana kekurangan kemudahan pengecasan dan harga EV antara faktor yang mempengaruhi keputusan rakyat untuk membeli EV.

 “Cadangan-cadangan ini dijangka akan menangani kebimbangan pengguna berkenaan EV,” katanya.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) baru bagi ZEV atau EV ditetapkan berdasarkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Kadar fi LKM baru itu terpakai kepada ZEV dalam kategori kenderaan elektrik bateri (PBEV) dan kenderaan elektrik sel bahan bakar (FCEV) sahaja.

Kadar fi baru tersebut 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada, bertujuan memberi galakan kepada rakyat untuk beralih menggunakan kenderaan jenis tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Wee bagaimanapun berkata MCA menyambut baik langkah yang diumumkan tersebut.

Namun, katanya, kerajaan perlu mengambil kira kemudahan lain yang diperlukan bagi galakan tersebut.

MENARIK:  Ada balak di balik sawit

 “Beberapa dasar sokongan dan insentif juga harus ditawarkan untuk menggalakkan lebih banyak pemasangan stesen pengecas di stesen minyak, pusat membeli-belah, kondominium dan tempat-tempat awam bagi meluaskan akses kepada pemandu-pemandu EV.

 “MCA akan terus memainkan perananan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan dilaksanakan dengan baik dan berkesan demi kepentingan rakyat dan negara,” jelasnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular