MCA perlu buat keputusan kedudukan dalam kerajaan – Lokman

Shopee Sale

PRK KKB | Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam meminta MCA untuk membuat keputusan mengenai kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Ini setelah komponen BN itu memutuskan untuk tidak terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) yang dijadualkan pada 11 Mei ini.

"Kita (BN) hari ini bersetuju untuk berada dalam satu pasukan sewajarnya kita betul-betul menunjukkan kita adalah pemain pasukan.

"Kalau mereka mahu dilayan dengan adil, maka mereka juga perlu menyumbang mengkukuhkan kerajaan perpaduan.

"Saya percaya MCA perlu membuat keputusan sama ada mereka nak berada dalam kerajaan perpaduan atau mereka boleh berada dengan sesiapa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman calon Perpaduan, di Taman Gamelan, Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Sebelum ini, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu tidak akan turun berkempen untuk PH selepas mendakwa mereka dipersenda, dimaki hamun dan diperkecilkan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Katanya, pihak yang ingin melihat mereka turun berkempen nanti perlu tahu bahawa ahli parti itu juga mempunyai maruah dan harga diri.

DAP juga, katanya, tersilap apabila mengharapkan MCA dapat melupakan segala kata cacian yang dilemparkan oleh parti kepada mereka sebelum ini, dan turun padang membantu memenangkan calon parti kerajaan perpaduan.

Selepas seronok mengecam dan memaki hamun MCA, kata Wee, tidak sepatutnya DAP mengharapkan kempen mereka dibantu oleh parti berkenaan.

Mengulas lanjut Lokman berkata MCA tidak sepatutnya berasa goyah dengan kritikan.

"Kita faham mungkin mereka ada sedikit terasa kecil hati dan sebagainya. Tapi, kita dalam politik ini tak boleh mudah goyah.

"Kita dalam politik ini kalau kita selalu kritik orang, takkan sekali sekala orang kritik kita tak boleh. Jadi, jangan mudah goyah dan jangan fikir pasal diri sendiri sahaja," katanya.

MENARIK:  12 cedera akibat gelora udara dihadapi penerbangan Doha ke Dublin

Namun, katanya tidak ada masalah sekiranya MCA masih enggan menyertai kempen PRK berkenaan.

"Tak ada masalah sama ada MCA mahu sertai kempen ataupun tidak. Kalau dengan pujukan pimpinan BN akhirnya MCA menyertai (PRK ini) pun alhamdulillah," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata komponen BN mempunyai tanggungjawab membantu dan memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu baru.

Mohamad yang juga timbalan Pengerusi BN berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN ialah sebahagian Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak rasa ada isu boikot memboikot, BN pun belum buat mesyuarat lagi, biar kami bermesyuarat dahulu dan dalam mesyuarat itu nanti kami akan berunding, bertukar fikiran dan cari apa jalan terbaik.

“Ini untuk memastikan supaya BN mantap sebagai satu pasukan untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan bertanding pada PRK DUN Kuala Kubu baru,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular