MCMC minta media sosial padam maklumat tidak sah berkaitan kes Zayn

Shopee Sale

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta pengendali media sosial menurunkan kandungan mengenai dakwaan kebocoran maklumat berkaitan siasatan pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Menurut suruhanjaya tersebut, tindakan itu boleh mengganggu perbicaraan kes yang sedang berlangsung.

"MCMC juga sudah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk penurunan kandungan terbabit.

"Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes,” katanya dalam kenyataan.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan tindakan berkongsi maklumat yang tidak disahkan atau palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka yang disabitkan esalahan di bawah seksyen ini boleh dihukum penjara sehingga satu tahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya.

Pada Khamis lalu, ibu bapa Zayn didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengabaikan anak mereka yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember, mayat Zayn ditemui di sebuah sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor, sehari selepas dia dilaporkan hilang.

MENARIK:  Hari Wesak dirai penuh harmoni, tiada isu keselamatan

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh kerana keputusan bezah siasat mendapati terdapat kecederaan pada leher dan badann mangsa.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular