MCMC, PDRM tumpaskan kegiatan suami isteri bertukar-tukar pasangan

Shopee Sale

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian (online).

Komunikasi Korporat MCMC memaklumkan, kegiatan kumpulan ’swinger’ ini yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.

"Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan ’swinger’ yang memiliki sejumlah besar video lucah.

"Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer, dan thumbdrive milik suspek telah dirampas untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan.

MCMC memaklumkan tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan ’swinger’ berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.

"Modus operanandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh, dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MENARIK:  Polis nafi lambat bertindak siasat kes Zayn Rayyan

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular