Melampau, cemarkan KTMB – PAS gesa haramkan pesta muzik di tren sewa

Shopee Sale

PAS menggesa larangan terhadap festival muzik yang difahamkan berlangsung di dalam koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa acara hiburan itu telah mencemarkan nama baik KTMB.

"Adalah ditegaskan bahawa pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana," katanya pada satu kenyataan hari ini.

"PAS menggesa agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan," tegas Ahmad Fadhli lagi.

Menurut Hitz FM, festival itu - yang digelar festival pertama seumpamanya di Asia Tenggara - berlangsung pada Khamis, 16 Mei lalu dengan kereta api itu bergerak di sekitar Kuala Lumpur.

Foto dan video yang dimuat naik di media sosial Pinkfish menunjukkan hadirin menari di dalam kereta api sambil DJ membuat persembahan muzik.

Malaysiakini telah menghubungi KTMB untuk mendapatkan komen.

Malaysiakini difahamkan alkohol tidak dibenarkan di dalam tren mengikut garis panduan KTMB untuk kereta api yang disewa.

Sementara itu, Ahmad Fadhli menyoal bagaimana festival muzik itu boleh diluluskan dan mendesak Kementerian Kewangan menyiasat KTMB.

MENARIK:  Tembakan di KLIA: Polis Perlis tingkat kawalan sempadan

"(Ini) melihatkan ketidakwajaran aktiviti maksiat sebegini dinormaliasikan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata hiburan bukanlah sesuatu yang dilarang buat rakyat Malaysia dan umat Islam.

"Namun begitu, Islam hadir membawakan garis panduan yang komprehensif dalam mengisi naluri manusia yang berkehendakkan kepada hiburan.

"Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular