Menteri agama sambut baik keputusan Perlis fatwakan GISHB sesat

Shopee Sale

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar menyambut baik keputusan Jabatan Mufti Perlis yang memfatwakan ajaran Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sebagai sesat.

Dia berkata fatwa ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk menegakkan ajaran Islam berdasarkan sumber-sumber yang diperakui dan berwibawa.

"Saya yakin ia berpandukan kepada sumber dan sandaran diperakui dan berwibawa mengikut kaedah hukum syarak.

“Ia mencerminkan dedikasi kami untuk mengekalkan keutuhan ajaran Islam,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) akan membincangkan berkaitan isu fahaman dan doktrin GISBH pada 24 hingga 26 September ini yang akan dipengerusikan pengerusi jawatankuasa itu, Nooh Gadut.

"Saya juga berharap keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI ini nanti akan menjadi panduan kepada Jabatan-jabatan Mufti di seluruh negara bagi tujuan fatwa dan disusuli dengan tindakan pemantauan serta penguatkuasan,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan yang dimuat naik di Facebooknya, Na’im menyokong sepenuhnya tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, menahan pemimpin dan ahli-ahli GISBH serta mendakwa mereka ke muka pengadilan.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu pihak polis dalam proses siasatan berkenaan isu itu.

"Pada masa sama, Jakim telah mengadakan pertemuan bersama jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (Jain) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri," katanya.

MENARIK:  Murid tabika di KL cemas kelas dinaiki air 1 meter

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap cara pihak berkuasa mengendalikan isu GISBH.

Dalam satu kenyataan, baginda bertitah perkara itu sudah berlanjutan begitu lama namun tiada sebarang tindakan berkesan diambil bagi menanganinya.

Dalam serbuan Op Global pada 11 Sept lepas, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Setakat ini jumlah terkini tangkapan berkaitan serbuan ke atas syarikat itu adalah seramai 200 orang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular