Menteri akan bawa isu cuti bersalin 60 hari di mesyuarat kabinet

Shopee Sale

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berjanji akan membangkitkan isu pemotongan jumlah hari cuti bersalin bagi pegawai perubatan di beberapa klinik kesihatan awam di Hulu Langat, Selangor, pada mesyuarat kabinet esok.

“Saya akan bawa perkara ini masa mesyuarat kabinet esok. Saya akan pastikan ini diambil perhatian dan diambil tindakan.

“Saya akan kumpulkan semua butiran dan maklumat yang diperlukan supaya boleh membawa perkara ini ke kabinet esok,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Menteri itu juga menggesa mereka yang terlibat dalam mengurangkan tempoh cuti berkenaan supaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) dan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mengkritik langkah itu.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata langkah mengehadkan cuti bersalin berikutan kekurangan pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Hulu Langat tidak seharusnya berlaku jika perkara itu diberi perhatian daripada peringkat awal.

MENARIK:  CEO GISBH, isteri fail habeas corpus untuk dibebas serta-merta

Minggu lalu, portal kesihatan CodeBlue melaporkan pejabat kesihatan daerah Hulu Langat mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari berbanding 90 hari yang sepatutnya untuk semua pegawai perubatan di klinik kesihatan awam sejak 27 Jun.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular