Menteri: Isu mansuh subsidi minyak paket ada dibincang bagi elak ketirisan

Shopee Sale

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata isu pemansuhan subsidi minyak masak paket ada dibincangkan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ketirisan.

Rafizi berkata jika dimansuhkan, akan ada risiko tertentu kerana kerajaan membelanjakan puluhan juta bagi subsidi minyak masak.

“Jadi perkara ini di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan isu berkenaan ada beberapa kali dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri," katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata ketika ini KPDN sedang melakukan proses semakan mengenai cara terbaik untuk memberikan subsidi tanpa melibatkan ketirisan yang besar.

Dia berkata di peringkat Kementerian Ekonomi, pihaknya perlu menunggu pembentangan di Kabinet dan dia berharap ada kaedah yang lebih baik.

Rafizi Ramli

Sebelum ini, kerajaan disaran memansuhkan minyak masak paket subsidi dan digantikan dengan bantuan kewangan kepada golongan sasar bagi menangani isu penyelewengan serta ketirisan.

Dia juga berkata segala projek pembangunan sempadan negara melibatkan negeri sebelah utara, Sabah dan Sarawak sedang diperhalusi.

"Kita perlu membangunkan format dan model pembangunan terlebih dahulu... daripada situ, barulah kita boleh tentukan jumlah peruntukan dan bagaimana pembangunan sempadan yang akan dilaksanakan," katanya.

Rafizi diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Mohd Nassuruddin Daud bahawa cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di Rantau Panjang-Sungai Golok memerlukan kos anggaran RM450 juta termasuk bagi pengambilan tanah.

MENARIK:  Akmal lebih sudu dari kuah - AMK

Pada 14 Nov lepas, kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan itu dan Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata pembinaan tembok berkenaan akan menjadi langkah penting dalam menangani pelbagai isu jenayah rentas sempadan.

Pada 5 Nov lepas, Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada kerajaan Persekutuan mengenai pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand dan usaha ini dianggap penting bagi menangani masalah jenayah penyeludupan serta mengurangkan risiko banjir yang berulang.

-Bernama


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular