Menteri: Laporan HRW tentang tahanan imigresen tak bertanggungjawab

Shopee Sale

PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini tetap menolak laporan Human Rights Watch mengenai dakwaan penyeksaan tahanan di pusat tahanan imigresen.

Menurutnya Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan untuk memastikan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bukan antara mereka yang ditahan.

Jelasnya, pelarian yang merupakan pemegang kad UNHCR hanya ditahan jika mereka melakukan kesalahan.

“yang penting adalah memberi penjelasan. Saya ucap terima kasih kerana PSC (Jawatankuasa pilihan khas parlimen) memberi ruang kepada Imigresen untuk melakukan rebuttals (sanggahan).

“Kami akan memberikan kerjasama dengan harapan bahawa versi yang lebih credible ini daripada kami akan dapat diuar-uarkan bagi meneutralkan semua tuduhan ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin merujuk kepada laporan HRW yang dikeluarkan Rabu lalu yang mendakwa layanan buruk dan rawatan perubatan yang tidak mencukupi telah menyebabkan ratusan kematian di pusat tahanan imigresen.

Laporan bertajuk “We Can’t See The Sun, Malaysia’s Arbitrary Detention of Migrants and Refugees” itu memperincikan cara pegawai melaksanakan hukuman terhadap tahanan.

Antaranya kerana berbuat bising, merokok, bertanya soalan atau membangkitkan isu mengenai keadaan pusat tahanan, bercakap dengan tahanan di blok bersebelahan, bergaduh atau mempunyai telefon bimbit dan lain-lain.

Daripada 23 pendatang dan pelarian yang ditemu bual HRW, 15 dilaporkan didera dan kesemuanya menyaksikan kejadian tahanan dipukul semasa dalam tahanan imigresen.

Setiap individu yang ditemubuual juga berkata mereka menghadapi beberapa bentuk hukuman semasa penahanan mereka.

MENARIK:  Penduduk Orang Asli Kg Kenang mahu k’jaan Perak wartakan tanah adat

Sementara itu, Saifuddin menafikan dakwaan bahawa pusat tahanan terlalu sesak dengan mengatakan hanya terdapat 13,635 tahanan manakala kapasiti 20 depoh di seluruh negara adalah untuk menampung seramai 20,650 orang.

"Undercapacity, jadi dakwaan HRW punya report tertolak. Bagi angka berbicara. Adakah sesak? Jawapannya tidak,” katanya.

Dia juga memberitahu Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa tahanan diberi makan lima kali sehari dengan kos keseluruhan RM80 juta.

"Yang kita belanja RM80 juta itu wang pembayar cukai. Namun laporan macam ni keluar mengatakan torture (dera) sampai mati. Ini sangat tidak bertanggungjawab," katanya.

Dia juga mengulangi penegasan bahawa HRW tidak memberikan bukti penganiayaan terhadap tahanan oleh pegawai imigresen.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular