Menteri pendidikan lembik isu BM di sekolah Cina – Bersatu

Shopee Sale

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek digelar "lembik dan tidak bermaya" dalam menangani bantahan berhubung pelaksanaan satu kelas guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina.

Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata tindakan lembaga pengarah serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang ingkar arahan kementerian seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan.

"Rakyat hairan mengapa menteri pendidikan dilihat kurang tangkas dan tuntas menangani bantahan keras lembaga sekolah serta PIBG daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang berhubung pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

"Menteri Pendidikan dilihat lembik dan tidak bermaya seolah-olah membiarkan sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

"Tindakan PIBG itu seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang sangat jelas dalam soal memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razali Idris

Semalam, lembaga sekolah serta PIBG daripada 11 SMJK dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Bercakap kepada pemberita, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik.

Pada masa ini, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah itu.

MENARIK:  PRK Sg Bakap: BN akan bantu calon Perpaduan - Zahid

Mengulas lanjut Razali berkata, apakah bantahan berkenaan tidak menyentuh soal 3R, selain mendakwa pihak berkenaan semakin berani mempersoalkan agenda dan polisi kerajaan yang sudah tentu ada kebaikan bersama.

"Apa masalahnya mengenai arahan kementerian yang hanya ingin menguatkuasakan pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua SMJK mulai tahun ini ?

"Apa yang dikatakan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar?

“Rasanya yang keliru adalah pihak yang masih tidak menyedari bahawa bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan dan muhibah," katanya lagi.

Tegas Razali, jangan sesekali meremehkan sistem pendidikan kebangsaan dan jangan pula memberi ruang semula untuk pihak lain membangkitkan soal aliran sekolah.

Katanya, bahasa Melayu seharusnya dimartabatkan dengan  bahasa-bahasa lain terus terpelihara.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular