Menteri: Perlu garis panduan pantau pokok tua di KL

Shopee Sale

Garis panduan bagi menyelenggara pokok-pokok lama di Kuala Lumpur diperlukan bagi memastikan insiden pokok tumbang yang menyebabkan seorang mangsa maut semalam tidak berulang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kebanyakan pokok di Kuala Lumpur berusia antara 50 hingga 80 tahun.

"Memang sudah tiba masanya (untuk garis panduan) dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

"Walaupun kita lihat pokok itu masih tegap, mungkin kita perlu ada garis panduan...untuk memastikan keselamatan (orang ramai)," katanya seperti dipetik Sinar Harian, ketika melihat tempat kejadian bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Kamarulzaman Mat Salleh.

Zaliha menambah garis panduan itu akan dirangka dengan segera.

Semalam, sebatang pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut serta angin kuat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata pokok besar itu menghempap 17 buah kenderaan selain dahan pokok turut mengenai landasan monorel di jalan tersebut.

Sementara itu, Zaliha berkata pokok tersebut dibawah selenggaraan Menara IMC.

MENARIK:  Stoking tertera kalimah Allah: K’jaan beri laluan penuh polis siasat

"Pemantauan (terhadap pokok) dibuat dua tahun sekali dengan arboris yang berdaftar dengan DBKL.

"Menara IMC berhubung terus dengan jabatan landskap DBKL (untuk pemeriksaan)," katanya lagi.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular