MetMalaysia diarah kaji semula SOP sebaran maklumat, amaran cuaca

Shopee Sale

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan penyebaran maklumat, nasihat atau amaran cuaca.

Menteri berkenaan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata hal ini supaya maklumat itu dapat dikeluarkan dengan lebih kerap apabila cuaca dijangka menjadi ekstrem.

Beliau berkata pihak METMalaysia juga telah diarahkan untuk menambah baik aspek komunikasi dalam penyebaran maklumat dan amaran cuaca yang lebih berkesan agar orang awam lebih cakna terhadap keadaan cuaca semasa sekali gus dapat mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kementerian mengambil maklum laporan media yang menyatakan METMalaysia tidak mengeluarkan amaran cuaca disebabkan ramalan yang telah dikeluarkan lima hari terdahulu masih lagi efektif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata Fasa Peralihan Monsun telah bermula minggu ini dan akan berterusan hingga awal November, menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas.

Semasa Fasa Peralihan Monsun, beliau berkata rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

"Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

MENARIK:  Jenazah Nur Farah dikebumi di Pekan, Pahang

"Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya.

Justeru, Nik Nazmi menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada ketika tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular