MIC minta IGP jelaskan SOP pelaksanaan undang-undang isu 3R

Shopee Sale

MIC meminta Ketua Polis Negara Razarudin Husain untuk menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) dan ruang lingkup pelaksanaan undang-undang berkaitan isu 3R (kaum, raja, dan agama).

Presiden MIC SA Vigneswaran membuat gesaan itu dalam ucapan dasarnya di mesyuarat agung tahunan parti itu semalam, yang turut meluluskan usul memohon kerajaan menangnai isu 3R yang memberi kesan kepada masyarakat India.

"Saya ingin meminta penjelasan daripada Razarudin mengenai SOP dan parameter pelaksanaan dasar 3R.

"Marilah kita bekerjasama untuk memastikan dasar 3R mencerminkan semangat perpaduan dan rasa hormat yang sebenar, menerima kemajmukan kita dan bukannya mengekangnya," kata Vigneswaran di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, semalam.

Semalam, mesyuarat agung tahunan MIC sebulat suara meluluskan usul memohon kerajaan bertindak menangani isu-isu 3R yang melibatkan kaum India.

Usul itu mendakwa undang-undang sedia ada tegas dalam menangani perkara itu namun ia dilihat kurang terpakai dalam kes melibatkan kaum India dan agama Hindu.

Menurut usul itu lagi, ia menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat India yang mereka didiskriminasi, selain menjejaskan keyakinan mereka terhadap sistem perundangan negara.

Ia juga menggesa kerajaan meningkatkan perwakilan dan suara orang India dalam perbincangan sosiopolitik agar isu 3R dapat ditangani dengan berkesan.

Selain itu, kerajaan diminta memastikan kes-kes 3R disiasat dan diambil tindakan secara tegas, pantas dan tanpa berat sebelah, terutama oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

MENARIK:  Ada khabar gembira dari PM esok, kata Fahmi

Mengulas lanjut, Vigneswaran mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa rakyat boleh bersuara mengenai isu 3R selagi ia tidak bersifat menghasut dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum.

"Saya mengalu-alukan kenyataan perdana menteri tersebut kerana hanya apabila kita bertukar pandangan dan berbincang mengenai sesuatu isu kontroversi, baru kita akan memahami secara jelas berkenaannya.

"Marilah kita memilih rintisan yang berlandaskan pemahaman dan empati. Marilah kita menegaskan komitmen kita kepada masyarakat di mana setiap individu merasa dihargai dan di mana setiap tradisi diraikan," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular