MIC tak akan tuntut tanding PRK Kuala Kubu Baharu

Shopee Sale

MIC tidak akan menuntut bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, kata presiden parti itu SA Vigneswaran.

"Ia bukan kerusi kami, jadi mengapa kami perlu menuntut (bertanding)?

"Kami bukan parti yang mementingkan diri sendiri. Kita berada dalam gabungan (kerajaan) sekarang, jadi kita akan pastikan (kerajaan perpaduan) menang," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat MIC, Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah parti itu akan menuntut kerusi DUN itu yang mempunyai lebih 18 peratus pengundi India.

Secara tradisi, kerusi itu ditandingi oleh MCA mewakili BN dan parti itu tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos lepas bagi memberi laluan kepada penyandangnya dari DAP.

Dalam PRN di enam negeri itu, MCA dan MIC mendakwa diketepikan dalam soal pembahagian kerusi, yang merupakan antara sebab kedua-dua parti itu mengambil keputusan untuk tidak bertanding.

Katanya, parti itu hanya menuntut kepada perkara yang secara tradisinya milik mereka.

"Kami berada dalam komponen untuk memastikan bahawa komponen menang. Itu selalu menjadi moto kami.

"Kami bukan parti yang tidak munasabah. Kami hanya akan bertanya dan menuntut jika perkara itu secara semula jadi milik kami," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berkata akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.

MENARIK:  'Ramasamy penyokong kuat Anwar, kerajaan sebelum digugur sebagai calon'

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi N06 Kuala Kubu Baharu.

Lee, 58, yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 meninggal dunia pada pagi 21 Mac, setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas.

DUN itu mempunyai lebih 40,000 pengundi dengan Melayu terdiri 46 peratus diikuti Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (5%).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular