Mindef semak semula pajakan helikopter Black Hawk

Shopee Sale

Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membuat penilaian menyeluruh terhadap perjanjian pajakan empat helikopter Black Hawk bernilai RM187 juta.

Menterinya Khaled Nordin berkata keputusan akan dibuat sama ada untuk membatalkan kontrak atau memberi masa tambahan kepada pembekal.

"Kita perlu pertimbangkan sama ada terdapat sebarang denda yang akan dikenakan disebabkan kelewatan dalam tarikh penghantaran yang ditetapkan, atau pembatalan," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Pembekal perkhidmatan udara tempatan, Aerotree Defence & Services Sdn Bhd telah menangguhkan penghantaran empat helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata cadangan akan dikemukakan kepada Mindef untuk membatalkan kontrak pajakan Black Hawk, jika Aerotree gagal memenuhi obligasi penghantaran mereka.

Sementara itu, Khaled berkata operasi tentera berjalan seperti biasa tanpa helikopter berkenaan.

"Helikopter itu untuk kegunaan anggota tentera di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, serta untuk mengangkut peralatan," katanya semasa penyampaian pingat perkhidmatan kepada Veteran ATM.

MENARIK:  Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi

Helikopter baru itu disasarkan menggantikan Sikorsky S-61A-4, yang digantung perkhidmatan sejak 2020.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular