Miskin tegar di P Pinang selesai sepenuhnya akhir Mei ini

Shopee Sale

Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha .kerajaan Persekutuan menganjurkan pelbagai program termasuk .kolaborasi strategik antara agensi.

Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Dr Syaharudin Shah Mohd Noor berkata menurut data unit mereka, terdapat 4,949 orang tergolong dalam kategori miskin tegar setakat 31 Jan lepas.

“Namun, hasil daripada segala program mitigasi yang dijalankan, jumlah tersebut berkurangan ke 117 orang setakat 24 April lalu, malah kami melihat perkembangan yang positif terus berlaku apabila ia menurun kepada 45 orang.

“Kami menjangkakan Pulau Pinang serta Perak dan Perlis akan mencapai sifar miskin tegar menjelang akhir Mei ini,” katanya kepada Bernama selepas menjadi moderator sesi Wacana Sifar Miskin Tegar: Kitaran dan Dimensi anjuran ICU di George Town hari ini.

Sesi itu merupakan satu daripada pengisian program yang diadakan bersempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong.

Terdahulu, ketika merumuskan sesi tersebut Syaharudin Shah berkata usaha kerajaan membasmi miskin tegar bukan sesuatu yang retorik sebaliknya boleh dilaksanakan dengan kerjasama serta penyelarasan sistematik.

Katanya langkah mitigasi pelbagai termasuk kolaborasi strategik antara agensi adalah untuk meminimumkan keciciran data atau pertindihan melampau semasa menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

MENARIK:  Kertas siasatan pensyarah didakwa hina nabi akan dirujuk ke AGC

Mengulas mengenai kolaborasi strategik antara agensi, Ketua Bahagian Sinergi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Rahmat Ismail yang juga panelis pada sesi sama berkata program Social Synergy yang ditadbir agensi itu merupakan inisiatif bagi mewujudkan ekosistem keselamatan sosial yang lebih komprehensif.

Dia berkata sebagai contoh, Perkeso akan menggunakan data harian kemalangan jalan raya yang disalurkan Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti sekiranya pencarum terlibat dalam kemalangan terutama yang membawa maut.

Menurut Rahmat ia bagi memudahkan sebarang urusan bantuan kepada pencarum seperti pengurusan kematian yang perlu disegerakan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular