Mitra kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri

Shopee Sale

Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) akan diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Mitra akan memaklumkan perincian lanjut berkenaan perkara itu menerusi kenyataan nanti.

"Mitra telah diputuskan akan dikembalikan ke JPM," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini.

Fahmi berkata keputusan itu dibuat bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014, di bawah JPM ketika pentadbiran Najib Razak.

Selepas PH menjadi kerajaan pada 2018, Sedic dijenamakan semula sebagai Mitra dan dipindahkan ke Kementerian Perpaduan Negara. Pada September 2022, ia kembali diletakkan di bawah JPM ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun pada Disember lepas, Mitra diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan.

MENARIK:  Imigresen tahan tiga ejen disyaki eksploitasi pekerja Indonesia

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular